Do Your Partner Programs Measure Up? Find Out with the Partnerize Benchmarker  VIEW NOW

PLATFORM YANG TERBAIK BAGI RAKAN KONGSI PENERBIT

Di Partnerize, kami bekerja keras untuk menjadi platform terbaik bagi rakan kongsi memacu lebih banyak jualan bagi pengiklan – dan meraih komisen untuk diri sendiri.

Baca selanjutnya tentang manfaat yang dapat diraih apabila menggunakan Partnerize.

TINGKATKAN JUALAN ANDA

Apabila menggunakan Partnerize, anda dapat mengakses pengiklan secara langsung dan mengetahui prestasi anda dengan jelas. 

Ketahui bagaimana rakan kongsi terkemuka yang lain di serata Asia meningkatkan jualan melalui Partnerize:

DAPATKAN BAYARAN DENGAN CEPAT

Buat apa menunggu 30 hari lebih untuk mendapatkan pembayaran! Kami membayar rakan kongsi setiap hari kerja sepanjang tahun! Partnerize membayar dalam masa satu hari setelah kelulusan klien. 

Selain Malaysia, kami membuat pembayaran ke 214 negara dan wilayah, dalam mana-mana mata wang berikut:

JALIN HUBUNGAN SECARA LANGSUNG DENGAN JENAMA

Dengan Partnerize, tiada orang tengah antara anda dengan pengiklan. Jalin hubungan secara langsung dengan semua rakan kongsi jenama anda, dan bekerjasama untuk memacu hasil jualan yang paling hebat.

MANFAATKAN ALAT DAN KEMAMPUAN PARTNERIZE YANG TEGUH

Automasikan Proses dan Tugasan Manual: Singkirkan entri data dan pelaporan secara manual. Bina proses automasi dengan API dan web hook kami yang paling termaju dalam industri. Jimatkan masa dan kurangkan ralat supaya pasukan anda dapat menumpukan fikiran pada pengembangan perniagaan.

Gunakan Meta Data: Temui lubuk pendapatan dan hasil baharu melalui sistem mesej yang disesuaikan dengan metadata. Gunakan perincian gelintar pengguna untuk menyesuaikan mesej dan tawaran mengikut minat dan cita rasa mereka.

Manfaatkan Tawaran Istimewa: Ketahui dengan segera apabila sesuatu jenama menawarkan kadar istimewa, supaya anda boleh memaparkan program ini dan memacu peningkatan pendapatan. Manfaatkan tawaran istimewa yang sedang berjalan, untuk memaksimumkan pendapatan harian dan hasil program anda.

Data Prestasi Waktu Sebenar: Dengan data kempen waktu sebenar, lebih banyak dapat dioptimumkan dengan cepat dan efektif. Tambahan pula, amaran pintar berdaya AI akan memaklumkan anda jika prestasi atau pendapatan kempen mengalami perubahan mendadak yang memerlukan perhatian serta-merta.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menjadi rakan kongsi penerbit Partnerize, hubungi kami… 

   HUBUNGI KAMI   

“Melalui perkongsian iPrice dengan Partnerize, beberapa jenama terbesar dunia kini mendapat akses ke pangkalan pengguna Asia Tenggara. Teknologi Partnerize memungkinkan iPrice memacu lebih banyak jualan bagi pengiklan yang bekerjasama dengan kami, dan Pengarah Perkongsian Strategik mereka membantu kami memanfaatkan platform ini sepenuhnya.”

Rishabh Shukla
Ketua Pengurusan Akaun
iPrice