Visit English version of our website Visit Japanese version of our website Visit German version of our website Visit Indonesian version of our website Visit Malaysian version of our website Visit Thai version of our website

Do Your Partner Programs Measure Up? Find Out with the Partnerize Benchmarker  VIEW NOW

PENJEJAKAN JUALAN LAMAN WEB DAN APLIKASI DI ALAT MUDAH ALIH

Kebanyakan penyelesaian perkongsian hanya menawarkan penjejakan separa bagi perdagangan di alat mudah alih. Ini tidak cukup bagi pasaran persaingan sengit seperti Malaysia. Partnerize yang berdaya AI menawarkan penjejakan laman web mudah alih, aplikasi mudah alih, web ke aplikasi, dan aplikasi ke aplikasi, bagi mencatatkan semua jualan anda melalui saluran penting ini. 

SEPADUKAN PENJEJAKAN DAN DATA RAKAN KONGSI ANDA

Banyak jenama Malaysia menggunakan lebih daripada satu kumpulan rakan kongsi atau rangkaian sekutu bagi mengelola program mereka. Mungkin untuk mendekati kumpulan tertentu yang unik atau untuk menjimatkan kos. Sesetengah jenama pula menggunakan rakan kongsi dan rangkaian berbeza untuk negara berbeza. Apa jua sebabnya, sukar dan memakan masa untuk mengendalikan berbilang UI dan laporan bagi mendapatkan gambaran lengkap tentang usaha rakan kongsi dan sekutu anda.

Platform Automasi Perkongsian Partnerize boleh mengatasi segara cabaran ini dengan menyepadukan semua data anda di satu tempat.

KEMBANGKAN EKOSISTEM RAKAN KONGSI ANDA DENGAN PENEMUAN RAKAN KONGSI PINTAR

Dari segi kemampuan meningkatkan jualan dan keuntungan, rakan kongsi tidak semuanya sama. Itulah sebabnya Partnerize menghasilkan Intelligent Partner Discovery (Penemuan Rakan Kongsi Pintar), satu lagi tawaran kami yang didayakan oleh kecerdasan buatan (AI). Sistem rekomendasi eksklusif ini mengenal pasti bakal rakan kongsi terbaik bagi anda, supaya anda dapat menumpukan perhatian pada peluang pendapatan yang terbesar.

Rangkaian memang berguna untuk akses kepada ratusan, ribuan, malah jutaan rakan kongsi. Tetapi dalam dunia yang semakin tinggi permintaan dan semakin terhad sumber-sumbernya, kita perlu mengenal pasti bakal rakan kongsi yang terbaik. Penemuan Rakan Kongsi Pintar menggunakan sains data termaju untuk meninjau ribuan rakan kongsi dan mengenal pasti siapa yang paling sesuai dengan sasaran perniagaan anda.

PENYELESAIAN ALAT MUDAH ALIH

Merapatkan jurang antara jualan laman web, alat mudah alih dan dalam aplikasi. SDK (kit pembangunan perisian) Partnerize bagi penjejakan termaju alat mudah alih memberikan sokongan lancar bagi perkongsian aplikasi natif, supaya rujukan rakan kongsi dapat dijejak di segenap perjalanan pelanggan.

Dengan Partnerize, anda dapat mengembangkan perkongsian dengan menjejak setiap jualan melalui alat mudah alih, laman web dan dalam aplikasi.

Menyimpan dan memadankan klik: Hubung kaitkan setiap tindakan pengguna, tidak kira peranti, dengan rakan kongsi yang wajar.

Deep linking ditangguhkan: Pautkan secara langsung dengan halaman produk atau kategori dalam aplikasi, walaupun aplikasi sasaran belum dipasang.

Data penukaran tahap SKU: Hantar data tahap SKU bagi memproses pendaftaran keluar bakul pembelian berbilang barang yang sebenar.

Menggunakan pautan sedia ada: Pautan penjejakan rakan kongsi sedia ada ini serasi sepenuhnya, dan tidak perlu migrasi rakan kongsi.

Metadata penukaran penuh: Metadata khas tahap item boleh ditukarkan dan dianalisis dalam waktu sebenar.

PELAPORAN TAHAP PERANTI: 

Apa-apa penukaran akan direkodkan secara tepat sebagai jualan daripada laman web atau aplikasi.

Melalui inisiatif platform terbuka kami, anda juga boleh mengintegrasikan Partnerize dengan teknologi penjejakan alat mudah alih pilihan anda yang sedia ada, termasuk:

Jejak dan bayar komisen bagi pembelian dan pengalaman pelanggan termasuk apa jua saluran dan alat. Branch menawarkan pautan dan penyelesaian yang berdaya untuk membantu anda mendapatkan, melibatkan, dan mengukur di peranti, saluran, atau platform apa pun. Dengan integrasi kami, semua data tidak kira peranti dan saluran dapat dijejak dan diuruskan melalui Partnerize.

Ribuan aplikasi di seluruh dunia memanfaatkan Appsflyer bagi atribusi aplikasi alat mudah alih. Integrasi Partnerize dengan Appsflyer membolehkan komisen dijejak dan dibayar bagi penukaran dalam aplikasi mudah alih untuk permainan, pembelian runcit, pelancongan, dan sebagainya.
 

Adjust adalah syarikat analisis dan atribusi aplikasi terkemuka yang digunakan oleh ribuan perniagaan yang mengutamakan alat mudah alih di seluruh dunia. Integrasi Partnerize dengan Adjust membolehkan klien mengukur dan membayar komisen bagi penukaran yang berlaku dalam aplikasi.

Button bekerja dengan banyak jenama terkemuka bagi pengukuran dan pembayaran komisen jualan melalui alat mudah alih. Dengan integrasi kami, semua perkongsian alat mudah alih dijejak dan diuruskan melalui Partnerize.

 

PENGESANAN DAN PENCEGAHAN BERDAYA AI TERHADAP PENIPUAN PERKONGSIAN

Penipuan merupakan hakikat hidup di dunia digital. Walaupun kurang terjadi dalam pemasaran rakan kongsi berbanding video dan sepanduk CPM, penipuan masih mengancam pendapatan dan keuntungan. Tiga lapisan kemampuan pengesanan dan pencegahan kami, iaitu laporan terbina dalam, amaran berdaya AI, dan integrasi pihak ketiga, digabungkan pula dengan penyedia anti penipuan terbaik yang banyak digunakan klien dalam bidang lain.

Partnerize juga memanfaatkan teknologi terbaik sejenisnya bagi mengesan dan mencegah penipuan serta melindungi anda. Di samping alat pencegahan penipuan terbina dalam, anda juga boleh menggunakan platform anti penipuan pilihan anda termasuk…

TrafficGuard menumpulkan penipuan iklan sebelum dapat menjejas belanjawan pengiklanan anda, dengan mengesan tanggapan, klik dan penukaran.  Tiga peringkat perlindungan yang ampuh menghalang general invalid traffic (GIVT) dan sophisticated invalid traffic (SIVT), agar pengiklanan digital anda menghasilkan penglibatan yang sahih. Dengan daya penglihatan terhadap trafik daripada ribuan kempen, pembelajaran mesin TrafficGuard dapat mengenal pasti corak, trend dan penunjuk penipuan dengan cepat dan diyakini. Lindungi perbelanjaan pengiklanan anda dan maksimumkan ROAS dengan TrafficGuard.

Dibina dan dioptimumkan dengan data penukaran pelanggan sejak 2005, Anura terbukti dapat mengesan lebih banyak penipuan dengan ketepatan lebih tinggi. Teknologi matang Anura dapat membezakan pengguna sahih dengan bot, malware, atau ladang penipuan manusia. Integrasi Partnerize menghasilkan keputusan waktu sebenar bagi klien, dan meningkatkan prestasi kempen mereka.

MOAT, kini sebahagian daripada Oracle, menawarkan wawasan tentang daya tinjau dan interaksi iklan, serta  membantu melindungi jenama terhadap penipuan bot. Melalui integrasi kami, klien memanfaatkan daya analisis MOAT bagi melihat sama ada pengguna akhir menatap dan berinteraksi dengan iklan mereka.

BrandVerity menawarkan perkhidmatan pemasaran, pematuhan jenama, dan perlindungan jenama bagi pengiklanan gelintar, teks dan paparan. Integrasi kami dengan BrandVerity membolehkan klien mengawasi dari mana asal trafik mereka, demi memastikan kesahihannya. Integrasi ini juga memudahkan BrandVerity melanjutkan perkhidmatan ke seluruh saluran rakan kongsi.

PENYELESAIAN PEMBAYARAN RAKAN KONGSI BOLEH SKALA

Cabaran pembayaran boleh menjadikan pemasaran rakan kongsi rumit dan memakan masa jika semuanya diuruskan secara manual. Partnerize banyak memudahkan cabaran ini dengan membolehkan semua proses invois dan pembayaran dari satu platform sahaja. Rakan kongsi anda boleh memanfaatkan proses invois tanpa kertas berdasarkan data yang anda kongsikan. Ini banyak mengurangkan kesilapan. 

Kemudian anda boleh gunakan platform yang sama untuk menguruskan pembayaran kepada sehingga sejuta rakan kongsi, di 214 buah negara dan wilayah. Tambahan pula, Partnerize memudahkan pembayaran rakan kongsi dengan 60 mata wang. Misalnya, anda boleh menerima invois dalam USD kemudian membayar mereka dengan IRP.

Paling baik, anda boleh mengawal jadual pembayaran, dan rakan kongsi menerima wang mereka dalam masa 24 jam selepas anda meluluskan pembayaran`.

Lihat bagaimana jenama Malaysia yang lain mencapai ROI 14x ke atas dengan platform Partnerize.