Do Your Partner Programs Measure Up? Find Out with the Partnerize Benchmarker  VIEW NOW

PLATFORM AUTOMASI PERKONGSIAN PALING BERDAYA DI MALAYSIA

Partnerize adalah penyelesaian pertama automasi perkongsian SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan) yang menggunakan AI empunya bagi memperkemas, mengautomasikan dan mengoptimumkan setiap aspek kerjasama pertumbuhan anda. Tanpa komitmen masa yang tinggi dan kerumitan alat pengurusan perkongsian manual seperti Excel, anda mendapat penyelesaian yang berdaya dan bersepadu bagi memacu peningkatan jualan dan keuntungan maksimum.

ALAT YANG LEBIH SEMPURNA, DIPERKAYA DENGAN AI TERUNGGUL INDUSTRI

Partnerize merupakan platform pertama automasi perkongsian yang menerapkan pembelajaran mesin dan AI terkini bagi memperkemas dan menambah baik elemen utama pengurusan perkongsian, termasuk:

  • Penemuan rakan kongsi
  • Pemantauan prestasi
  • Mencegah penipuan
  • Peramalan

Kami menerbitkan data dan wawasan paling padat supaya anda dan pasukan dapat menetapkan serta mengoptimumkan strategi dan taktik demi hasil yang terbaik. 

URUSKAN SEMUA PERKONGSIAN ANDA DENGAN ALAT PERTAMA AUTOMASI PERKONGSIAN BERDAYA AI

Rakan Kongsi Sekutu: Penerbit dan jenama dengan pangkalan data pelanggan yang besar, yang ingin memacu ganjaran pelanggan melalui pengembalian tunai, kupon dan sebagainya

Rakan Kongsi Kesetiaan: Penerbit dan jenama yang mengendalikan program ganjaran kesetiaan sendiri, dengan sistem mata yang boleh ditebus bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Rakan Kongsi Perbandingan: Penerbit yang memberikan pelanggan pelbagai pilihan pembelian apabila mereka mencari produk dan perkhidmatan yang terbaik nilainya.

Rakan Kongsi Meta Gelintar: Rakan kongsi meta gelintar menggunakan perincian gelintar pengguna, misalnya destinasi diingini, bagi menyesuaikan komunikasi dan memacu kadar penukaran lebih tinggi.

SEDIAKAN

Sediakan kempen perniagaan dan tetapkan tawaran: Bina program pemasaran rakan kongsi dan sekutu anda dengan cepat dan mudah, langsung di platform.

TETAPKAN TAG

Bina dan tetapkan tag bagi laman web rakan kongsi: Tetapkan perincian tag dan parameter yang relevan, kemudian edarkan kepada setiap rakan kongsi.

 

KOMUNIKASIKAN

Muat naik komunikasi dan mesej: Pastikan anda sentiasa diingati dan berkomunikasi langsung dengan rakan kongsi atau bakal rakan kongsi melalui alat mesej intuitif, seorang ke seorang atau seorang ke ramai.

URUSKAN

Uruskan semua bahan kreatif anda di satu tempat: Ringkaskan operasi pengurusan dan penjejakan bahan kreatif anda secara radikal dengan menyimpan semua mesej di satu lokasi.

STRUKTURKAN

Strukturkan dan laraskan komisen dan override anda: Rumuskan kadar komisen secara tunggal atau berkelompok, untuk rakan kongsi individu atau berkumpulan.

UKUR

Ukur program secara individu atau berkumpulan: Pantau semua kempen anda dan laraskan tawaran dan kadar dalam waktu sebenar.

UKUR DAN OPTIMUMKAN BERDASARKAN METRIK APA PUN

Dengan Partnerize, anda tidak terhad kepada struktur dan laporan komisen yang telah ditetapkan. Bekerjalah dengan Customer Success Lead Asia Pasifik anda untuk mempelbagaikan strategi komisen supaya dapat menjejak, melaporkan dan membayar berdasarkan metrik apa pun. Kemudian gunakan alat peramalan jualan berdaya AI kami untuk ramalan lebih baik tentang jualan rakan kongsi utama. 

  • Kuantiti
  • Harga
  • Waktu
  • Hari
  • Negara
  • Kategori Produk​​​​​​​ 
  • Jenis Produk
  • Lokasi
  • Mata Wang
  • Saiz Skrin
  • Jenis Peranti
  • Pelanggan Baru dan Sedia Ada
  • Promosi
  • Jenis Rakan Kongsi
  • Memori
  • Jenis Bayaran
  • Kekerapan
  • SKU