Do Your Partner Programs Measure Up? Find Out with the Partnerize Benchmarker  VIEW NOW

DATA PRESTASI PARTNERIZE

 

Diasaskan pada:

Flag_Icon.png   2010

Jualan Tahunan di Bawah Pengurusan:

Cash_Icon.png   $6,000,000,000 lebih

Mata wang yang digunakan untuk pembayaran:

Coins_Icon.png   60

Jenama global 100 paling terkemuka yang bekerjasama dengan kami: 

100_Icon.png   27

Kakitangan profesional:

BizMan_Icon.png   200 lebih

 Negara dan wilayah yang kami uruskan pembayaran:

Globe_Icon.png   214

Bilangan jenama yang bekerjasama dengan kami:

Tags_Icon.png   300 lebih

Urus niaga yang diproses setiap saat:

Process_Icon.png   1,500 lebih

Urus niaga dalam pangkalan data:

Layers_Icon.png   64,000,000,000 lebih

Integrasi teknologi:

Microchip_Icon.png   20 lebih

TERKEMUKA DALAM PEMASARAN RAKAN KONGSI

Partnerize adalah syarikat teknologi SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan) yang membantu jenama terkemuka di dunia membangun perkongsian perniagaan yang berdaya, demi memacu pertumbuhan perniagaan yang luar biasa. Platform Pengurusan Rakan Kongsi (Partner Management Platform, PMP) Partnerize merupakan penyelesaian hujung ke hujung berdasarkan SaaS untuk membentuk, menguruskan, menganalisis dan meramal hasil akan datang program pemasaran rakan kongsi, menggunakan kecerdasan buatan. Ratusan jenama terbesar dunia memanfaatkan teknologi waktu sebenar kami untuk menguruskan program rakan kongsi dan penukaran kewangan lebih $6B di 214 negara dan wilayah di seluruh dunia.

WARISAN KAMI

Pasukan Partnerize terlibat dalam pemasaran rakan kongsi prestasi berdaya digital sejak dimulakan lagi. Diasaskan pada 2010 oleh sekumpulan veteran pemasaran rakan kongsi, syarikat ini terkemuka banyak inovasi yang wujud hari ini. Ramai ahli pasukan kepimpinan kami terlibat mencipta dan membina rangkaian pemasaran rakan kongsi dan sekutu yang paling berjaya di Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Semasa menubuhkan Partnerize, pasukan kami berazam untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sebuah rangkaian, menggunakan perisian dan teknologi bagi membawakan hasil yang jauh lebih baik dan pertumbuhan yang jauh lebih cepat bagi jenama pengiklan. Namun kami tetap percaya bahawa rangkaian masih wajar bagi sesetengah jenama. Partnerize dibina dengan keyakinan bahawa jenama terbaik dan paling canggih di dunia yang dipacu oleh data memerlukan sesuatu yang lebih sempurna bagi mempercepatkan pertumbuhan.

Partnerize adalah penyelesaian pertama automasi perkongsian yang memanfaatkan AI empunya bagi memperkemas, mengautomasikan dan mengoptimumkan program rakan kongsi, bagi memacu peningkatan pertumbuhan yang secepat mungkin. Kami kini menerapkan AI dalam kebanyakan fungsi automasi perkongsian yang paling penting, dan senarai itu semakin meningkat.

Syarikat kami, asalnya dinamakan Performance Horizon, menjalani penjenamaan semula pada 2018 demi mencerminkan fokus tunggal kami, iaitu mendayakan perkongsian dan pemasaran rakan kongsi yang lebih sempurna.

JENAMA-JENAMA TERBAIK MALAYSIA MEMANFAATKAN TEKNOLOGI PARTNERIZE

“Partnerize memberikan kami penyelesaian hebat bagi menyusun kempen dinamik yang disesuaikan bagi pelbagai rakan kongsi dan wilayah, dan membantu memudah cara aneka ujian A/B kami. Menguruskan rakan kongsi kami kini lebih mudah, hasil usaha pasukan Partnerize yang hebat.. Mereka sentiasa berkembang dari segi produk dan sokongan, dan dari segi nilai tambahan layanan. Partnerize sentiasa mengusahakan lebih daripada yang dipinta.”

Mahi Singh
Ketua Wilayah - Rakan Sekutu
ZALORA